Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
1.1 (a) Jawatan : Fellow Gred 48
(b) Kumpulan :
Pengurusan dan Profesional
(c) Taraf Jawatan :
Tetap
(d) Tempoh Percubaan : 2 Tahun
1.2 Jadual Gaji (Skim gaji 4) :
RM4,875.43 x RM222.64 – RM6,656.55
(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)
1.3 (a) Elaun
(i) Imbuhan Tetap Keraian (ITK)
(ii) Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)
(iii) Bantuan Sara Hidup
:RM600.00
RM700.00
RM300.00
1.4 Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana (Master) daripada Universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan di dalam bidang Sains Politik;
(c) Mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada 6 tahun di Institut Pengajian Tinggi atau Institusi Penyelidikan di sektor awam atau swasta;
(d) Telah menghasilkan kajian yang bernas dan bermutu tinggi dalam bidang-bidang tersebut atau bidang-bidang berkaitan yang sesuai mengikut pertimbangan IKIM; dan
(e) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(f) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja dan berkemahiran menggunakan komputer serta boleh bertutur dan menulis di dalam Bahasa Inggeris.
1.5 Bidang Tugas :
(a) Bertanggungjawab menjalankan projek penyelidikan dan menghasilkan penerbitan bermutu dalam bidang yang sesuai dengan objektif dan fungsi IKIM.
2.1 (a) Jawatan : Fellow Kanan (Pendidikan)
Catatan: Jawatan ini setaraf DS54 Universiti Awam.
(b) Kumpulan :Pengurusan dan Profesional
(c) Taraf Jawatan :Tetap
(d) Tempoh Percubaan :2 Tahun
2.2 Jadual Gaji (Skim Gaji 3) :
RM5,752.07 x RM250.47 – RM7,755.83
(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)
(a) Elaun
(i) Keraian
(ii) Perumahan
(iii) Bantuan Sara Hidup
:RM800.00
RM900.00
RM300.00
2.3 Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Falsafah daripada Universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dalam bidang Pendidikan;
(c) Mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada 8 tahun di Institut Pengajian Tinggi atau Institusi Penyelidikan Akademik di sektor awam atau swasta;
(d) Telah menghasilkan kajian yang bernas dan bermutu tinggi dalam bidang pendidikan atau bidang-bidang berkaitan yang sesuai mengikut penilaian IKIM;
(e) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(f) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja dan berkemahiran menggunakan komputer serta boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris; dan
(g) Kemahiran untuk merujuk sumber-sumber Islam dalam Bahasa Arab akan dinilai sebagai satu kelebihan.
2.4 Bidang Tugas :
Bertanggungjawab menjalankan projek penyelidikan dan menghasilkan penerbitan bermutu dalam bidang yang sesuai dengan matlamat dan peranan IKIM di samping menyelia dan menyelaraskan kerja-kerja penyelidik Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan.
Cara Permohonan
Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-
a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)
b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.
Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :
Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)
Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189
sebelum atau selewat-lewatnya pada 28/02/2011 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.
Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.